Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Wi-Fi Bahaya Untuk Kesihatan Dan Sperma? Ini Jawapannya

Posted on Disember 9, 2022Disember 9, 2022

Kebimbangan tentang isyarat Wi-Fi telah lama dibincangkan. Umpama vaksin, ramai juga individu yang berasa khuatir kalau betul rangkaian Wi-Fi di rumah, pejabat mereka dalam diam merosakkan badan.

Yalah, benda tak nampak, jadi banyak perkara kita boleh takutkan.

Kata pujangga, manusia takut dengan apa yang tidak diketahuinya.

Ada yang mengatakan isyarat Wi-Fi beri kesan pada aktiviti otak kanak-kanak. Ada juga portal mendakwa pendedahan secara berpanjangan beri kesan negatif pada kualiti tidur.

Zamir Mohyedin, salah seorang ahli fizik tempatan tampil dengan penjelasan yang ringkas.

{snap}

Wi-Fi ialah radiasi EMF

Begini, isyarat Wi-Fi dipancarkan melalui sinaran elektromagnetik yang berada pada julat frekuensi radio.

Peralatan-peralatan yang memberi isyarat Wi-Fi mengeluarkan medan elektromagnet atau electromagnetic field yang sering dirujuk sebagai EMF.

Dalam spektrum elektromagnetik, ia terbahagi pada 2 bahagian iaitu sinaran terion (ionising radiation) dan sinaran tidak terion (non-ionising radiation).

Sumber: Zamir Mohyedin

Semak harga router ASUS RT-AX55

{snap}

Apa pula beza terion dan tidak terion?

Sinaran terion inilah yang beri kesan dan agak bahaya pada kesihatan manusia dan berisiko merosakkan DNA. Namun, sinaran tidak terion tidak berbahaya pada manusia.

Contoh sinaran terion ialah sinaran-X (X-Ray), sinaran gamma. Contoh sinaran tidak terion pula ialah isyarat selular, siaran televisyen, radio dan pelbagai lagi.

Sumber: Zamir Mohyedin

Semak harga router Wi-Fi ASUS RT-AX55

{snap}

Wi-Fi yang mana satu?

Wi-Fi tergolong dalam sinaran tidak terion (non-ionising radiation). Justeru, ia tidaklah berisiko membahayakan kesihatan manusia.

Hal ini kerana dipancarkan di bawah julat frekuensi radio atau radio frequency (RF).

Dalam kehidupan seharian kita, badan kita sentiasa terdedah dan ‘dilanggar’ frekuensi radio ini sebenarnya kerana isyarat TV, 4G, 5G, radio dan banyak lagi merupakan di bawah RF.

Jika anda perasan, teknologi RFID (seperti digunakan Touch ‘n Go) ialah singkatan pada Radio Frequency Identification kerana frekuensi digunakannya.

Rujukan 1

{snap}

Betul ke Wi-Fi selamat?

Logiknya, takkanlah apa-apa radiasi yang ni tak beri kesan langsung pada tubuh kita, kan?

Betul, kebimbangan dalam kalangan orang awam dan mereka yang dalam bidang terbabit tidak patut dinafikan begitu saja.

Kajian pada tahun 2020 menyimpulkan bahawa tidak ada dapatan konklusif mengesahkan bahawa kerosakan DNA/mutasi berpunca daripada pendedahan terhadap sinaran elektromagnetik daripada teknologi telekomunikasi.

Mengambil semangat bahawa Tuhan saja mengetahui kebenaran mutlak, dakwaan Wi-Fi beri kesan pada tubuh manusia boleh jadi benar tapi tidak ada bukti saintifik yang ditemui mengesahkannya 100% lagi setakat ini.

Rujukan 2

{snap}

Kanada tegaskan Wi-Fi tidak bahaya

Memang sinaran RF EMF ini diserap badan, namun ia bergantung pada kekuatan isyarat dan jarak anda dengan peralatan Wi-Fi.

Bagaimanapun, menurut kerajaan Kanada, tiada risiko kesihatan dengan mendedahkan diri pada frekuensi radio EMF seperti Wi-Fi.

Walaupun dengan pelbagai sumber Wi-Fi dan peranti berdaya Wi-Fi berfungsi dalam satu bilik, tahapnya masih sangat rendah daripada had yang mampu ditampung manusia seperti termaktub dalam Safety Code 6 ditetapkan Kanada.

Justeru, dengan penemuan saintifik semasa dan rujukan dengan pihak berwajib lain, Kanada yakin dengan keputusan mengatakan Wi-Fi tidak berbahaya pada kesihatan.

Antara kajian lain yang diambil untuk rujukan Health Kanada termasuklah daripada WHO, U.K. Health Protection Agency . Institute of Electrical and Electronics Engineers, International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection.

Diingatkan, router dan alat-alat komunikasi di setiap negara diluluskan kerajaan masing-masing perlu mencapai piawaian agar ia tidak berbahaya pada pengguna.

Sumber: Kerajaan Kanada

{snap}

Jadi, sperma saya masih sihat?

Sebuah kajian diterbitkan pada 2022 mendapati Wi-FI tidak memberi kesan terhadap kualiti sperma.

Namun, jika anda seorang perokok, berhentilah risau tentang kesan Wi-Fi terhadap tahap kesuburan anda. Alihkanlah kekhuatiran ini pada bara yang membakar di hadapan bibir.

Rujukan 3

{snap}

Kesimpulan

Kata Zamir, kajian-kajian dalam tempoh 25 tahun ini menyimpulkan bahawa simptom dan penanda biologi didapati tidak ada kaitan dengan pendedahan terhadap Wi-Fi.

Malah, penemuan yang berserakan (sporadic) juga tidak konsisten dari segi hasil atau tindak balas-pendedahan.

Dalam kata asalnya, “Numerous outcomes ranging from biological markers to symptoms were mostly found not to be associated with WiFi exposure. Sporadic findings were not consistent in terms of outcomes or exposure-response associations.”

Jadi, gunakanlah teknologi sedia ada seperti biasa tanpa terlalu berfikir terlalu jauh sehingga mencapai perkara yang tidak masuk akal.

Bimbang dan berjaga-jaga itu bagus tapi biarlah rasional dan berlandaskan ilmu yang benar. Tak pasti? Tanyalah pakar bidangnya.

Sumber: Zamir Mohyedin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress