Kita kini sedang berada di hujung tahun yang merupakan musim cuti. Majoriti dari kita pasti akan merancang percutian yang esklusif buat diri dan keluarga untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan yang telah dikerah demi mencari sesuap nasi.
Oleh itu, pihak Jabra dan Club Med kini mengadakan peraduan “JOM CUTI! LUCKY DRAW”.
Antara hadiah yang disediakan ialah:
Hadiah utama adalah penginapan 4 hari 3 malam untuk dua orang dewasa yang bernilai sehingga RM5,600. Pemenang bertuah akan dapat berehat di Bilik Superior di Club Med Phuket di Thailand.
Hadiah kedua menawarkan penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang dewasa di Bilik Superior di Club Med Cherating di Malaysia bernilai RM3,000.
Hadiah ketiga pula ialah Apple Watch SE bernilai sehingga RM1,199 seunit.
Akhir sekali, sepuluh pemenang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah saguhati iaitu Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go Ewallet bernilai RM88.
Ikuti dua langkah ini sekiranya anda ingin menyertai peraduan ini:
Langkah pertama:
Peserta perlu membeli model Jabra Elite Series berikut:
Langkah kedua:
Selepas pembelian, peserta dikehendaki mengimbas kod QR yang disediakan, mengisi butiran mereka dan melampirkan resit pembelian sebelum menyerahkan borang.
Peraduan ini dijadualkan akan berlangsung dari 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya.
Beli produk Jabra di:
Shopee – https://invl.io/clk6i76
Lazada – https://invol.co/clk6i7e
{suggest}
Sumber: Siaran Media Jabra