Anda mungkin pernah menghadapi masalah ketika membuat pembelian dalam talian. Sama ada ia lewat tiba ataupun barangan lain yang sampai. Namun apa reaksi anda jika membeli sebuah Pixel 4 tetapi bungkusan yang hadir mengandungi 10 unit telefon pintar tersebut?
Kejadian ini benar-benar berlaku di Amerika Syarikat yang mana seorang pengguna Reddit, menyatakan beliau menempah Pixel 4 melalui Google Store. Apa yang mengejutkan adalah terdapat 9 unit lagi peranti sama dihantar kepada beliau.
Tetapi diatas rasa tanggungjawab, beliau menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan Google Store untuk melaporkan kesilapan tersebut. Pihak Google kemudiannya menguruskan proses pemulangan unit-unit tersebut namun kesilapan berlaku lagi dimana slip permintaan dibuat untuk pemulangan 8 unit sahaja.
Pembeli sekali lagi terpaksa menghubungi Google Store untuk proses pemulangan unit ke-9.
Jika mengikut situasi yang berlaku ini, tidak salah untuk pembeli tersebut menyimpan lebihan unit yang diterima berdasarkan undang-undang di Amerika Syarikat.
Sumber: 9to5Google