Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beli ‘Laptop’ Lenovo Yoga 9i, Percuma Monitor ‘Gaming’ Beresolusi QHD

Posted on Februari 10, 2023

Lenovo telah mengumumkan komputer riba Yoga 9i yang serba baharu untuk pasaran Malaysia bermula pada tanda harga RM7,299. Tetapi yang paling menariknya adalah promosi yang dibawakan Lenovo di samping kehadiran peranti ini.

Beli Komputer Riba, Percuma Monitor Gaming

Sempena pelancaran Yoga 9i, sebarang pembelian di stor eksklusif Lenovo dari 11 hingga 26 Februari akan mendapat hadiah percuma – Lenovo 27” Gaming Monitor QHD (LG27q-30), Yoga Mouse, baucar Grab dan banyak lagi.

Keseluruhan hadiah tersebut bernilai hingga RM3,315 yang boleh dimenangi pembaca melalui pembelian Lenovo Yoga 9i. Selain itu, pembaca juga boleh membeli 1 Tahun ADP (Accidental Damage Protection) yang bernilai RM299 tetapi pada harga RM1 sahaja untuk tempoh masa terhad.

**selagi stok masih ada

Spesifikasi

Lenovo Yoga 9i akan dikuasakan cip Intel Core i7-1360P dan digandingkan GPU Intel Iris Xe dan memori RAM LPDDR5-5200 bersaiz 16GB.

Selain itu, peranti ini mempunyai storan SSD NVMe M.2 PCIe Gen4 dengan saiz 1TB dan menawarkan skrin OLED 14 inci, HDR 500, Dolby Vision dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula hingga 90Hz.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress