Samsung sedang mengadakan promosi ke atas pembelian telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 dengan menawarkan ganjaran bernilai hampir RM1,800.
Nilai ganjaran itu meliputi jam pintar Galaxy Watch5 Bluetooth 40mm bernilai RM899 yang diberi secara percuma, rebat segera sebanyak 5% (bernilai sehingga RM249.95) untuk pembelian kali pertama dan rebat bernilai sehingga RM600 apabila anda trade-in (tukar beli) dengan peranti lain.

Selain itu, anda juga layak menerima tawaran lain dari Samsung termasuklah diskaun 40% untuk Samsung Care+, 1% Samsung Rewards dan diskaun sehingga 10% ke atas pembelian peranti Galaxy terpilih.
Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 masing-masing berharga dari RM4,499 dan RM6,799. Tawaran ganjaran Samsung ini sah sehingga 12 Oktober 2023.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi Samsung Malaysia.
{suggest}
(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)