GoPayz merupakan satu perkhidmatan e-dompet dari U Mobile. Kini, mereka telah berkolaborasi dengan ACE Capital Growth Sdn Bhd (ACE) untuk melancarkan GoGold.

Melaluinya, GoGold menawarkan pengguna untuk membuat jual beli emas. Selain itu, pembelian emas digital juga ditawarkan pada harga serendah RM5.

Bersempena pelancarannya, 5000 ribu orang pertama bakal menerima emas digital percuma yang bernilai RM5. Tambahan lagi, pengguna GoPayz yang melakukan transaksi sekurang-kurangnya RM20 turut berpeluang memenangi 1g emas digital dimana seramai 200 pemenang akan dipilih berdasarkan setiap 50 transaksi sehingga 21 September ini.

Cara sertai GoGold:

  1. Muat turun aplikasi GoPayz di App Store, Play Store atau Huawei App Gallery. Cipta akaun dan naik taraf ke akaun premium.
  2. Kemudian pada aplikasi ini, tekan services>financial services>GoGold
  3. Tekan ‘Register Now’ untuk daftar akaun GoGold

Untuk maklumat lanjut, tekan pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar GoPayz

Baca juga artikel berkaitan: