Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Belanjawan 2024: RM60 Juta Peruntukan Untuk Keselamatan Siber 5G

Posted on Oktober 13, 2023Oktober 13, 2023

Setakat September 2023, Digital Nasional Berhad (DNB) telah berjaya membangunkan rangkaian 5G dengan liputan 70.2% di kawasan berpenduduk. Menjelang akhir tahun ini, rangkaian 5G dijangka akan mencapai kira-kira 80% liputan di kawasan berpenduduk.

{suggest}

Ketika ini, tahap penerimagunaan perkhidmatan 5G masih rendah dalam kalangan pengguna. Bagi melonjakkan penerimagunaan 5G, pelbagai usaha dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan dilakukan supaya lebih ramai menggunakannya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan CyberSecurity akan membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Terhadap Teknologi 5G bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM60 juta akan diperuntukkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress