Dalam pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula esok, 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
{suggest}
Bagi penyelesaian penuh pinjaman, kerajaan memberikan diskaun dengan kadar 10% atas baki hutang. Kadar diskaun yang sama juga ditawarkan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Sementara itu, diskaun sebanyak 15% diberikan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji atau debit terus berjadual.