Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
belanjawan 2023 5g dnb

Belanjawan 2023: JENDELA Akan Dipercepat, DNB Akan Diurus Dengan Lebih Telus

Posted on Februari 24, 2023Februari 24, 2023

Kerajaan akan mempercepat projek JENDELA dengan perbelanjaan sebanyak RM725 juta tahun ini untuk kemudahan internet seluruh dunia, umum Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.

Ia melibatkan 47 kawasan perindustrian dan 3,700 buah sekolah.

Untuk 5G pula, beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan supaya Digital Nasional Berhad (DNB) diuruskan dengan lebih telus dan terangkum supaya ia mencapai penyertaan penuh daripada syarikat telekomunikasi.

Hal ini dilaksanakan supaya ia memberi manfaat pada pengguna dan pada masa sama tidak membebankan kewangan negara.

Ini bermakna pelaksanaan 5G akan tetap diteruskan oleh pemborong tunggal 5G DNB namun akan ada perubahan daripada segi pentadbiran dan pengurusannya.

Beliau tidak mengulas panjang tentangnya, jadi sama-sama kita nantikan perincian berkenaan DNB dan perubahan pelaksanaan 5G nanti.

{suggest}

Sumber: RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress