Kerajaan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pembiayaan skim pinjaman komputer riba untuk golongan pelajar IPT melalui Skim BSN MyRinggit-i COMSIS.
Menurut Menteri Kewangan, ia adalah bertujuan untuk memastikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian.