Lanjutan kontroversi pemecatan CEO OpenAI, Sam Altman kini disahkan akan menyertai Microsoft.
{suggest}
Perkara itu dimaklumkan oleh CEO Microsoft Satya Nadella melalui platform X. Tidak hanya Sam Altman, Nadella turut mengumumkan bekas Presiden OpenAI Greg Brockman akan turut menyertai syarikat itu.
Lebih spesifik, kedua-duanya akan menyertai Microsoft untuk menerajui pasukan penyelidikan AI syarikat itu.
I’m super excited to have you join as CEO of this new group, Sam, setting a new pace for innovation. We’ve learned a lot over the years about how to give founders and innovators space to build independent identities and cultures within Microsoft, including GitHub, Mojang Studios,…
— Satya Nadella (@satyanadella) November 20, 2023
Pengumuman Microsoft ini hadir beberapa jam setelah rundingan dengan lembaga pengarah OpenAI gagal membawa Sam Altman kembali sebagai CEO. Sebaliknya, bekas CEO Twitch Emmett Shear dilaporkan telah dilantik sebagai CEO sementara, tetapi belum lagi disahkan oleh OpenAI setakat ini.
Walaupun begitu, pengumuman Nadella secara tidak langsung telah mengesahkan pelantikan Emmett Shear yang dilaporkan sebelum ini.
Sumber: Satya Nadella