OnePlus Malaysia hari ini telah mengumumkan kehadiran beg galas mereka – Urban Traveler Backpack yang akan tersedia di Malaysia pada 2 Februari ini.

Rekaan beg ini diperbuat daripada fabrik dimana percikan air atau calar tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap beg tersebut.

Selain itu, ia juga kemasan seperti kulit dan zipnya turut kalis air. Tambahan lagi, beg galas ini lebih mudah untuk dibawa kerana 300g lebih ringan berbanding beg sebelum ini.

Selain rekaan yang minimalis, didalamnya hadir dengan beberapa ruang petak untuk menyimpan barang serta mempunyai 9 poket.

Beg galas OnePlus ini akan mula dijual pada 2 Februari ini menerusi kedai rasmi dalam talian di Shopee dan Lazada dengan harga RM199.