Bila kita cakap tentang tandas yang ada teknologi, Jepun salah satu negara yang disebut-sebut. Namun, Korea Selatan kini mempunyai sebuah tandas yang hadir dengan teknologi yang mengagumkan.

Pernahkah anda terfikir untuk membeli kopi atau makanan dengan hanya membuang air besar? Inilah sebuah tandas yang dinamakan BeeVi (Bee+Vision).

Ia merupakan ciptaan Cho Jae-Weon, seorang profesor kejuruteraan bandar dan alam sekitar di Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST), Korea Selatan dimana tanda mesra alam ini akan memanfaatkan sisa buangan manusia untuk menghasilkan biogas dan baja.

Apa yang akan dibuat BeeVi ini adalah ia menggunakan pam vakum yang disambungkan ke tangki bawah tanah, sekaligus mengurangkan penggunaan air juga.

Di sini, mikroorganisme akan menguraikan sisa buangan tersebut untuk menghasilkan metana dimana gas ini akan menjadi sumber tenaga untuk bangunan, menguasakan tungku memasak dan pelbagai lagi.

Kata Cho, purata individu membuang air besar adalah 500g dimana ia mampu menukarkan sebanyak 50 liter gas metana. Gas ini turut boleh memberi kuasa elektrik sebanyak 0.5kWh atau memandu kereta sejauh 1.2km.

Berbalik pada tujuan kedua tandas ini, Cho turut mencipta Ggool, iaitu mata wang digital yang dihasilkannya. Pelajar boleh menghasilkan 10 Ggool dalam satu hari. Kemudian, pelajar boleh imbas kod QR untuk membuat pembayaran di mana-mana sahaja dalam kampus.

Ini merupakan satu inovasi yang cemerlang serta mengagumkan dan jika diimplementasikan di semua universiti, banyak manfaat yang dapat dicapai.

Sumber: reuters, unist

Baca juga – Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel ‘Terapung’

Baca juga – Tandas Lutsinar Di Tokyo Membolehkan Pengguna Melihat Dulu Sama Ada Ia Bersih Atau Kotor Sebelum Memasukinya