Sekiranya anda lupa, Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar baharu dalam keluarga Mi 11, iaitu Mi 11T. Kini, beberapa spesifikasi utamanya telah didedahkan.

Menurut laporan, peranti Mi 11T dengan kod nama K11R akan tampil paparan 20:9 dengan kadar penyegaran 120Hz dan mungkin menggunakan panel OLED memandangkan kadar penyegarannya bukan 144Hz, seperti Mi 10T.

Selain itu, kameranya juga dikhabarkan hadir dengan 64MP utama, ultra lebar dengan sensor Sony IMX355 dan 3x telemakro. Di dalamnya akan dikuasakan cip MediaTek yang berkemungkinan Dimensity 1200.

Pada masa yang sama, terdapat model K11T yang dinamakan Redmi K40 Ultra. Spesifikasinya hampir kesemuanya sama dengan Mi 11T tetapi sedikit beza pada kamera utamanya, iaitu 108MP dengan sensor Samsung HM2.

Bagaimanapun, siri Redmi K40 itu hanya terhad buat pasaran China. Apa-apa pun, belum diketahui adakah Mi 11T memasuki pasaran tempatan atau tidak kerana berdasarkan pengesahan SIRIM, ia disenaraikan Mi 11T Pro.

Sumber: androidauthority

Baca juga: