Kita sudah ketahui bahawa siri Xiaomi 11T akan dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu 15 September ini. Namun, jangan dilupakan kerana sebuah lagi peranti – Xiaomi 11 Lite NE turut akan membuat kemunculan.

Telefon ini mungkin akan memberikan saingan kepada peranti terbaru realme GT Master Edition. Ini kerana spesifikasinya hampir sama.

Menurut laporan, ia dikatakan bakal dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 778G serta pilihan storan hingga 128GB. Kameranya pula dilengkapi 64MP utama bersama-sama kamera 8MP dan 5MP serta 20MP swafoto. Seperti Mi 11 Lite, telefon tersebut juga nipis dan ringan.

Dikhabarkan ia akan dijual di pasaran Eropah pada tanda harga bermula €329 (~RM1610). Bagaimanapun, sekiranya di Malaysia, pasti akan lebih murah berbanding Mi 11 Lite.

Tambahan lagi, beberapa produk yang sah akan masuk buat pasaran tempatan adalah tablet Mi Pad 5, Xiaomi 11T dan juga Xiaomi 11 Lite NE.

Sumber: 91mobiles

Baca juga: