Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini memaklumkan beberapa sistem perkhidmatan akan beralih sepenuhnya dari portal PTPTN ke portal dan aplikasi myPTPTN bermula 1 Februari 2023.
{suggest}
Menurut PTPTN, langkah itu adalah sebagai usaha berterusan bagi menambah baik perkhidmatannya serta untuk memudahkan proses transaksi simpanan dan bayaran balik pinjaman.
Berikut adalah antara perkhidmatan yang terlibat:
Simpan SSPN
- Portal Online Simpanan SSPN Prime (Semakan Penyata Simpanan/Semakan Penyata Pelepasan Cukai/ Deposit/DD)
- Pembukaan Akaun Simpanan SSPN Prime
- Penambahan Deposit Simpanan SSPN Prime
- Permohonan Potongan Gaji
Pinjaman
- Semakan Penyata Pinjaman (Semakan Penyata/DD/Bayaran Balik)
- Permohonan Potongan Gaji
- Pengesahan Baki Pinjaman/Surat Penyelesaian Hutang
- Permohonan Lebihan Bayaran
Untuk mengakses portal atau muat turut aplikasi myPTPTN di App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery, layari pautan ini.
Sumber: PTPTN