Maybank baru sahaja mengeluarkan notis pemberitahuan yang mana mereka akan melakukan penyelenggaraan sistem pada 19 Jun 2021, hari sabtu ini.

Antara perkhidmatan yang menerima gangguan serta tidak boleh diakses adalah Maybank2u dan perbankan mudah alih dari jam 3.30 pagi hingga 10 pagi.

Selain itu, perkhidmatan ATM dan terminal layan diri turut mula beroperasi bermula jam 10 pagi. Tambahan lagi, pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan berlaku.

Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang urusan penting, haruslah diselesaikan sebelum waktu yang dinyatakan itu.

Sumber: Maybank