Dengan promosi jualan murah yang akan berlangsung di rata-rata platform membeli-belah secara dalam talian pada 4 April nanti, sudah tentu sistem perbankan juga akan berdepan dengan kesesakan untuk melakukan transaksi pembayaran.
Terkini, Maybank mengumumkan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses pada 3 April ini. Antaranya termasuk laman web dan aplikasi Maybank2U, MAE, pembayaran melalui FPX Payment dan lain-lain.
Senarai penuh adalah seperti berikut:
- Maybank2u & Online Payments
- Maybank2u App
- MAE App
- QRPay Biz App
- Wealth App
- FPX Payment
- Debit Card Transactions
- Automated Teller Machine (ATM)
- Smart Recycle Machine (SRM)
- Cheque Deposit Machine
Semua perkhidmatan yang disenaraikan tidak boleh diakses bermula 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 3 April 2021. Bagi mengurangkan sebarang masalah pada tempoh tersebut, Maybank turut memaklumkan supaya pengguna melakukan transaksi lebih awal.
Sumber: Maybank