Maybank kini mengumumkan beberapa perkhidmatan akan tergendala dan tidak boleh diakses pada 11 Disember ini.

Antaranya termasuk laman web dan aplikasi Maybank2U, MAE, FPX Payment dan lain-lain. Senarai penuh adalah seperti berikut:

  • Maybank2u & Online Payments
  • Maybank2u MY App
  • MAE App
  • QRPay Biz App
  • Wealth App
  • FPX Payment
  • IVR
  • Debit Card Transactions
  • ATM
  • Smart Recycle Machine (SRM)
  • Cheque Deposit Machine

Semua perkhidmatan yang disenaraikan akan mengalami gangguan dan tidak boleh diakses bermula 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 11 Disember 2020.

Bagi mengurangkan sebarang masalah pada tempoh tersebut, Maybank turut memaklumkan supaya pengguna melakukan transaksi yang tertunggak dengan segera.

Sumber: Maybank