Kemas Kini 5/7/2021 6:30pm – Pihak Maybank menyatakan masalah ini telah diselesaikan.

Bagi pengguna Maybank, pasti segelintir dari anda tidak dapat membuat transaksi mahupun untuk meyemak baki akaun melalui aplikasi.

Menurut pihak Maybank, mereka kini sedang mengalami sedikit gangguan. Ini termasuk aplikasi Maybank2u, MAE by Maybank2u dan laman web Maybank2u.

Malah, terdapat juga segelintir pengguna yang mengatakan tidak dapat menggunakan kad kredit/debit. Oleh itu, pihak Maybank kini sedang cuba mengembalikan masalah ini secepat mungkin.

Kepada anda yang terjejas, diharapkan untuk bersabar seketika.