KWSP menerusi kenyataan pada hari ini mengumumkan perkhidmatan dalam talian KWSP akan diselenggara pada hari ini. Ia bertujuan bagi menaik taraf perkhidmatan dalam talian KWSP.

Berikutan itu, KWSP turut memaklumkan bermula 6.00 petang hingga 8.00 malam ini, beberapa perkhidmatan akan terjejas termasuk akses kepada i-Akaun Majikan dan aplikasi e-Caruman.

Perkhidmatan ini dijangka akan beroperasi seeprti biasa selepas waktu yang dinyatakan.

Terdahulu, KWSP telah mengumumkan permohonan dalam talian i-Sinar boleh dibuat mulai 21 Disember nanti. Bagi kriteria kelayakan, KWSP menyediakan dua kategori permohonan, di mana kategori 1 boleh memohon mulai 21 Disember 2020 tanpa dokumen sokongan yang diperlukan.

Sementara itu, kategori 2 boleh dibuat mulai 11 Januari dan dokumen sokongan perlu disertakan. Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari pautan ini.

Sumber: KWSP