Jika anda berdepan isu mengakses perkhidmatan Apple seperti storan awan iCloud dan Photos ketika ini, anda adalah tidak keseorangan.

Ini kerana ketika ini sedang berlakunya isu capaian akses terhadap 8 perkhidmatan Apple iaitu Find My, iCloud Bookmarks & Tabs, iCloud Calendar, iCloud Contacts, iCloud Drive, iCloud Keychain, iCloud Mail dan Photos.

Setakat semakan terkini, isu ini masih berlaku pada sebahagian besar pengguna servis Apple tersebut.

Isu ini mungkin untuk sementara waktu sahaja dan servis-servis yang terjejas dijangka akan kembali pulih sedikit masa lagi.

Sumber: Apple