Samsung Galaxy Fold telah mencetus fenomena apabila dilancarkan beberapa hari sebelum MWC 2019 tempoh hari kerana harganya yang agak tinggi.
Walaubagaimanapun, harga yang tinggi itu nampaknya tidak menjamin kualiti yang setaraf apabila beberapa buah peranti tersebut yang diberikan kepada pengulas telefon antarabangsa dilapor telah mengalami kerosakan.
Antara pengulas yang terlibat ialah Steve Kovach dari CNBC dan Mark Gurman dari Bloomberg. Kedua-duanya melaporkan kerosakan ini melalui akaun Twitter masing-masing.
https://twitter.com/stevekovach/status/1118571414934753280
The screen on my Galaxy Fold review unit is completely broken and unusable just two days in. Hard to know if this is widespread or not. pic.twitter.com/G0OHj3DQHw
— Mark Gurman (@markgurman) April 17, 2019
Kerosakan ini merupakan satu tamparan hebat buat Samsung, tambahan pula apabila ia dijadual akan memasuki beberapa pasaran baru dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan terbaru, Samsung berkata mereka akan menyiasat perkara ini dan memeriksa semua peranti yang terlibat secara terperinci untuk mengetahui masalahnya.
PSA: There's a layer that appears to be a screen protector on the Galaxy Fold's display. It's NOT a screen protector. Do NOT remove it.
I got this far peeling it off before the display spazzed and blacked out. Started over with a replacement. pic.twitter.com/ZhEG2Bqulr
— Marques Brownlee (@MKBHD) April 17, 2019
Selain itu, beberapa pengulas lain(termasuk MKBHD) dikatakan telah membuat kesilapan apabila cuba untuk menanggalkan “pelindung skrin” yang dianggap sedia terpasang pada skrin peranti ini.
Hakikatnya, ia bukanlah pelindung skrin namun merupakan lapisan plastik untuk melindungi panel skrin peranti.
Akan tetapi, kita perlu menunggu keputusan siasatan dan maklum balas daripada pihak Samsung terlebih dahulu mengenai kejadian ini.
Sumber: The Verge