Beberapa model iPhone kini dilaporkan mengalami isu terpadam dengan sendiri pada waktu malam, yang menyebabkan penggera dan lain-lain ciri iPhone terganggu.
{suggest}
Di Reddit, seorang pengguna mengadu bahawa dua penggera iPhone berasingan gagal berbunyi. Beberapa pengguna lain turut berkongsi isu yang sama, di mana masalah itu mungkin berkaitan iPhone yang terpadam dengan sendiri pada waktu malam.
Sebilangan pengguna mendapati mereka perlu memasukkan kata laluan sewaktu membuka iPhone, yang menandakan iPhone dimatikan dan restart.
Bagi mengetahui jika iPhone anda terpadam, ianya boleh dirujuk melalui Settings pada bahagian Battery. Semak status pengecasan dalam tempoh 24 jam dan jika terdapat gap, ini bermakna iPhone telah dimatikan untuk satu tempoh.
Isu tersebut tidak hanya melibatkan model iPhone 15, tetapi turut menjejaskan sejumlah iPhone 13 Pro Max, iPhone 14 Pro, iPhone 12 dan lain-lain.
Buat masa ini, masih belum jelas apa sebenarnya yang terjadi, sama ada ia berkaitan dengan iOS 17 atau masalah lain.
- Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/clk1k6c
- Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/clk1k6m
Sumber: MacRumors
Gambar utama: Neway