PlayStation akan mendedahkan lebih banyak permainan video melalui acara istimewanya, State of Play yang dinantikan ramai pada awal Jun ini. PlayStation telah mengesahkan acara ini akan bermula pada 2 Jun mengikut waktu di Barat.
Bagi waktu tempatan pula, acara State of Play ini akan ditayangkan pada 3 Jun, pukul 6 pagi. Platform terbaik untuk menonton acara ini adalah melalui platform Twitch PlayStation dalam pautan ini atau melalui YouTube di bawah ini:
Anda boleh menjangkakan kedatangan PlayStation Virtual Reality 2 (PSVR2) seperti yang telah disahkan PlayStation bahawa acara ini akan memfokuskan peranti tersebut.
Selain itu, terdapat ura-ura yang mengatakan acara ini lebih besar dari apa yang disangkakan sebelum ini. Hal ini kerana, permainan video yang besar seperti Final Fantasy 16, Resident Evil, Street Fighter 6 dan God of War: Ragnarok dilaporkan membuat kemunculan dalam acara ini.
Sumber: denofgeek
Gambar utama: bandwagon
Baca juga: