Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beam Anjurkan Program Didik Peserta Guna E-Skuter Dengan Berhemah

Posted on Mei 18, 2022

Jika anda tinggal di kawasan bandar seperti Cyberjaya atau Kuala Lumpur, pastinya skuter Beam tidak asing di pandangan.

Beam telah menjayakan program dinamakan Beam Safety Academy pada 15 Mei lalu di pusat beli-belah 1 Utama, buat pertama kalinya di Malaysia.

Hampir 50 orang menyertainya dan peserta-peserta ini dididik tentang keselamatan dan penggunaan skuter elektrik sama ada mereka yang baru berjinak-jinak ataupun sudah mahir.

Terdahulu, ramai pengguna jalan raya menyatakan perasaan tidak puas hati dengan tingkah laku pengguna e-skuter yang membahayakan diri dan pengguna lain.

Di Cyberjaya contohnya, skuter-skuter ini tidak lagi kelihatan selepas Kerajaan mengumumkan pengharamannya di jalan raya termasuk laluan pejalan kako.

Untuk makluman, e-skuter hanya boleh digunakan di beberapa kawasan contohnya dalam kawasan kediaman dan tanah persendirian.

Sumber: Siaran akhbar Beam

Baca juga:

  • Majlis Bandaraya: Skuter Elektrik Dilarang Atas Jalan Raya, Tiada Lesen Dikeluarkan
  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Tidak Boleh Guna Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya KL Mulai Tahun Hadapan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress