Boost dan foodpanda kini bekerjasama dalam menawarkan pembayaran menggunakan Boost melalui laman web atau aplikasi mudah alih foodpanda.

Bersempena pengenalannya, pelanggan yang berbelanja minimum RM20 bermula hari ini sehingga 20 Ogos 2021 bakal menerima pulangan tunai 100% (dihadkan kepada RM20).

Tambahan lagi, melalui kempen ‘Boost Belanja Makan’ ini juga, pelanggan turut akan menerima pulangan tunai 12% (dengan had RM5) bagi setiap perbelanjaan minimum RM20 dari 24 Ogos hingga 30 November 2021.

Kerjasama ini juga dapat memberikan fleksibiliti kepada pelanggan terutama yang sememangnya menggunakan e-dompet Boost.

Sumber: Siaran Akhbar Boost

Baca juga: