Sebelum ini, beberapa pengguna iPhone 12 telah melaporkan masalah bateri cepat habis pada peranti itu, terutamanya bagi model iPhone 12 Pro. Terbaru, perkara yang sama turut dilaporkan bagi pengguna iPhone yang lain.

Sebilangan pengguna menyatakan masalah bateri cepat habis itu timbul setelah mereka mengemaskini iPhone dengan iOS 14.2. Menurut laporan di Reddit, bateri iPhone telah berkurang sebanyak 50% hanya dalam masa 30 minit penggunaan.

Selain itu, iPhone yang dicas juga dikatakan lebih cepat penuh daripada kebiasaan, walaupun hanya menggunakan pengecas 5W. Berikutan itu, kemungkinan iPhone yang dicas tidak menunjukkan peratusan pengecasan yang betul dan menyebabkan bateri juga lebih cepat habis.

Kebanyakan masalah tersebut dilaporkan berlaku pada model iPhone yang terdahulu seperti iPhone 11, iPhone XS, iPhone 7, iPhone 6s dan iPhone SE. Tidak hanya iPhone, beberapa pengguna iPad Pro 2018 dengan iPadOS 14.2 turut melaporkan masalah yang sama.

Jika anda masih belum mengemaskini iOS 14.2, adalah disarankan supaya tidak mengemaskini iPhone sehingga Apple melepaskan kemas kini iOS yang terbaru.

Sumber: Reddit via GizChina