Belum lagi reda dengan pelancaran realme GT semalam, kini, sebuah lagi telefon bakal tiba iaitu realme GT Neo.
Buat masa sekarang, hanya cip pemproses bagi telefon ini sahaja yang diketahui iaitu akan menggunakan MediaTek Dimensity 1200 dan spesifikasi lain tidak didedahkan.
Namun, berdasarkan kemampuan cip tersebut, ia dapat menyokong paparan 168Hz dan sensor kamera hingga 200MP.
Tambahan lagi, menurut MediaTek, realme mungkin akan melancarkan telefon dengan cip ini sekitar lewat Mac atau awal April.
Sumber: sparrownews