Seorang budak perempuan yang baru berumur 7 tahun bernama Nicole Oliviera dari Brazil telah dinamakan sebagai ahli astronomi termuda di dunia.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Nicole Oliviera selepas beliau berjaya menemui sebanyak 7 asteroid menerusi program Menjejak Asteroid yang disertainya yang dianjurkan oleh International Astronomical Search Collaboration yang turut disertai pihak NASA.

Menurut ibunya, anaknya itu sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang astronomi seawal umur 2 tahun lagi.

Anaknya itu juga merupakan ahli termuda dalam organisasi Alagoas Astronomical Studies Center, (Centro de Estudos Astronômico de Alagoas – CEAAL).

Kedudukan itu sekaligus menyebabkan Nicole Oliviera baru-baru ini telah dijemput oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil untuk berucap di seminar anjuran mereka bagi bercakap berkaitan astronomi dan aeronautik.

Sumber: WION

Baca juga: Bulan Jun 2021 Adalah Bulan Jun Ke-5 Terpanas Dalam Tempoh 142 Tahun

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO