Pengeluar produk perkakasan elektronik rumah, LG mengumumkan bakal mengemas kini barisan TV OLED terkenal mereka di pasaran tempatan tidak lama lagi. Antaranya adalah siri LG OLED Z1, LG OLED G1, dan LG OLED C1.

Untuk tahun 2021 ini, dilaporkan pelbagai model baru akan hadir dengan pilihan saiz berukuran antara 48-inci hingga 88-inci, resolusi 4K dan 8K, serta kadar penyegaran sehingga 120Hz.

Seterusnya, ia juga dilengkapi cip pemprosesan a9 Gen4, sistem webOS v6.0, serta teknologi Dolby Vision dan Dolby Atmos.

Selain itu, pengalaman bermain permainan konsol dipertingkatkan lagi melalui kesesuaian ciri NVIDIA G-SYNC dan FreeSync dengan paparan 120Hz.

Dengan rekaan nipis tanpa bezel, TV ini juga dapat dimuatkan di dalam ruang tamu atau bilik seakan sebuah karya seni. Sama-sama kita nantikan ketibaan barisan TV OLED 2021 LG di Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber: siaran akhbar LG Malaysia

Baca juga – Ini Adalah LG Velvet 2 Pro, Telefon LG Yang Tak Boleh Dimiliki

Baca juga – OnePlus Mahu Buat TV Pintar Dengan Kamera “Pop-Up” Boleh Putar

Kalau nak beli barang LG tekan bawah ni:

Shopee:
https://invol.co/cl4q6nl
Lazada:
https://invol.co/cl4q6o6