Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bantal Pembesar Suara The Kushion, Menarik Dan Berkualiti

Posted on Ogos 19, 2016Oktober 23, 2016

Bayangkan anda boleh tidur dan mendengar lagu tanpa perlu menggunakan peranti telefon pintar atau earphone. Anda boleh berehat dengan tenang tanpa gangguan telefon pintar dan ketidakselesaan apabila menggunakan earphone. Biarkan sahaja telefon anda di cas dan berikan masa ia berehat buat seketika sewaktu anda mahu tidur.

Sebelum ini produk bernama The Zeeq menembusi pasaran dunia. The Zeeq adalah bantal yang mampu  memainkan lagu semasa anda tidur. Pengguna boleh menyambungkan The Zeeq ke peranti untuk medengar lagu di dalam peranti anda. Ianya mempunyai lapan pembesar suara.

Tidak seperti The Zeeq, The Kushion mempu memainkan lagu tanpa sambungan ke peranti.Ianya juga berkebolehan untuk memainkan lagu untuk kesemua pendengar. Ianya diperbuat daripada kulit karbon yang sangat sesuai dan sedap untuk si pemakai. Getaran bunyinya juga sangat ringan dengan kualiti bunyi yang sangat tinggi.

The Kushion juga mampu di gunakan untuk maksimum empat orang pendengar dengan sambungan aux atau bluetooth. The Kushion juga berkeupayaan untuk menjadi alat mengecas telefon pintar anda dan anda boleh terus menjawab panggilan dengan The Kushion.


Di bawah adalah beberapa kualiti yang di senaraikan oleh pihak The Kushion sendiri;

Kushion

The Kushion akan membuka laman web mereka pada bulan depan. Peminat boleh melayari laman web mereka untuk mendapatkan info tambahan tentang produk The Kushion ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress