Awal minggu ini ada laporan mengatakan syarikat komunikasi Axiata Group Bhd akan bekerjasama dengan RHB Bank untuk memohon lesen bank digital. Terkini, gabungan ini telah disahkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Baca juga – Cara Tebus Kredit RM150 eBelia Menggunakan Aplikasi Boost

Unit e-dompet Axiata, Boost Holdings, telah menandatangani perjanjian korporat dengan RHB untuk memohon lesen di bawah kerangka bank pusat.

Tambahnya, 60% saham dalam bank digital tersebut akan diberikan kepada Boost manakala selebihnya diberikan kepada RHB.

Untuk pengetahuan, kepesatan sambungan mudah alih dan servis kewangan murah yang ditawarkan syarikat teknologi kebelakangan ini antara yang mendorong perbankan digital.

Kedua-dua syarikat ini bercadang untuk meluaskan teknologi fintech Boost melalui e-wallet dan penyedia pembiayaan mikro digital dan insurans mikro, Aspirasi.

Baca juga – Sebahagian Pengguna Celcom Akan Alami Gangguan Rangkaian Dari 1 hingga 4 Jun Nanti

Selain itu, mereka juga percaya bank digital akan memanfaat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kurang difokuskan oleh bank tradisional.

Sumber: reuters