Penyelidik dari perisian keselamatan Avast mendedahkan mereka telah menemui sejumlah 19,300 aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store berisiko membocorkan data peribadi pengguna sekaligus menjadikan peranti Android tidak selamat.

Ini kerana telah berlaku salah konfigurasi pada pangkalan data Firebase  aplikasi-aplikasi tersebut yang digunakan oleh pembangun aplikasi bagi menyimpan data penggunannya.

Data-data peribadi yang berpotensi terdedah hasil kutipan data dari aplikasi-aplikasi tersebut adalah seperti nama, alamat, data lokasi sehinggalah kata laluan.

Katefori-kategori aplikasi itu meliputi aplikasi gaya hidup, bersukan, permainan, e-mel, aplikasi penghantaran makanan dan banyak lagi.

Ekoran itu, pihak Avast telah menghubungi pihak Google bagi memaklumkan penemuan mereka itu.

Sumber: Avast