Syarikat telefon pintar dari China, OPPO kini di berdepan saman daripada Nokia kerana telah menggunakan kerja yang dipatenkan tanpa kebenaran. Saman tersebut difailkan oleh Nokia terhadap empat cawangan OPPO iaitu di England, Perancis, German, dan India. Namun, paten apa yang digunakan tanpa kebenaran itu belum didedahkan. Sebelum ini, kedua-dua syarikat sudah pernah menandatangani perjanjian pada…
Pengarang: Wiser MY
Samsung Mungkin Kembalikan Sistem Penyejukan Kebuk Wap Pada Telefon Pintar
Sebelum ini Samsung sudah pernah menggunakan teknologi penyejukan berasaskan kebuk wap (vapour chamber) pada telefon pintar mereka seperti Galaxy S20, S10+ dan Note 20. Mereka juga antara yang terawal gunakan sistem berkenaan pada telefon pintar. Seperti yang ada pada kebanyakan komputer prestasi tinggi, proses penyejukan ini bertindak lebih pantas daripada heat sink biasa. Namun penggunaan teknologi tersebut terhenti…
Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli TWS
Ketika mana jenama telefon pintar sudah mula membuang bicu audio, ramai orang yang berasa marah dan tidak mahu menerimanya. Manakan tidak, pada waktu itu, fon telinga wayarles masih belum menjadi satu kebiasaan. Namun, pada hari ini kita sudah dapat lihat banyak fon telinga wayarles yang dijual di pasaran. Pengguna pun dapat menerima dengan hati terbuka…
Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi vivo Vision 2021 Diumumkan
Pada 11 Mei lalu, vivo dan Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF) telah menganjurkan Pertandingan Fotografi vivo Vision 2021. Hari ini, vivo telah mengumumkan senarai pemenang pertandingan tersebut. Dalam tempoh lebih sebulan, pertandingan ini telah menerima lebih daripada 2,850 gambar penyertaan. Kesemuanya telah dinilai oleh juri penganjur dan berikut adalah 12 yang dipilih sebagai pemenang mengikut…
OnePlus Buds Pro Akan Dilancarkan Bersama Nord 2 5G
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, OnePlus Nord 2 5G akan dilancarkan sekitar bulan Julai ini. Selain itu, dikhabarkan juga bakal berkongsi pentas perasmian adalah fon telinga model seterusnya, OnePlus Buds Pro. Lanjutan daripada itu, OnePlus baru-baru ini telah membuka permohonan untuk ahli komuniti mereka yang berminat untuk menguji dua peranti terbaru tersebut. Walaupun tiada apa-apa…
#GMW – Pemenang Giveaway Mingguan Wiser (12 Julai – 16 Julai 2021)
GMW atau singkatan kepada Giveaway Mingguan Wiser merupakan satu inisiatif bagi memberi penghargaan dari pihak Wiser.my kepada semua pembaca setia. Ia akan dijalankan secara mingguan dimana setiap minggu terdapat tiga hadiah menarik akan ditawarkan kepada pembaca. Anda boleh sertai GMW bermula pada hari Isnin sehingga Jumaat setiap minggu dimana pemenang akan diumumkan setiap Ahad jam…