Samsung Malaysia hari ini mengesahkan sebuah lagi telefon pintar baharu yang akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi. Telefon yang dimaksudkan ini adalah Galaxy M62. Menerusi gambar yang dimuat naik, telefon ini memfokuskan baterinya yang berkapasiti 7000mAh. Selain itu, data daripada Geekbench mendedahkan ia akan menggunakan cip Exynos 9825 dengan RAM 6GB. Tambahan lagi,…
Pengarang: Amsyar Latif
Huawei MateBook D 14 Edisi Intel Hadir Buat Pasaran Tempatan Pada Jumaat Ini
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan kehadiran komputer riba MateBook D 14 edisi Intel buat pasaran tempatan yang akan tersedia bermula Jumaat ini. Seperti namanya, MateBook D14 kali ini dikuasakan cip pemproses Intel i5-10210U berbanding sebelum ini menggunakan cip AMD Ryzen. Untuk grafik, ia dilengkapi Nvidia GeForce MX250 yang sudah memadai bagi pengguna yang ingin…
Konsep Kaca Mata AR Samsung, Boleh Dikawal Dengan Jam Pintar
Kaca mata AR mungkin menjadi sebuah peranti yang akan digunakan secara meluas pada masa hadapan. Ini boleh dilihat dimana jenama seperti Microsoft, vivo dan Apple juga ingin membangunkannya. Samsung tidak ketinggalan, mereka turut dikhabarkan akan hadir dengan kaca mata AR ini. Menerusi WalkingCat, beliau telah mendedahkan dua video konsep bagaimana kaca mata AR Samsung ini berfungsi….
vivo S9 Sah Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan
vivo hari ini telah mengesahkan tarikh pelancaran bagi telefon siri vivo S iaitu vivo S9 pada 3 Mac 2021 di China. Kali terakhir siri ini dikeluarkan adalah tahun lepas menerusi vivo S7e. Melalui penawaran kali ini, vivo akan memfokuskan teknologi kamera swafoto berbanding kamera utama pada bahagian belakang pada model terdahulu. Berdasarkan spesifikasi daripada TENAA,…
Google Mungkin Kembalikan Imbasan Wajah Pada Pixel 6
Google Pixel 5 mungkin bukanlah sebuah telefon pintar pilihan terutama bagi peminat-peminat telefon Google ini. Ia disebabkan Pixel 5 hanya ditawarkan satu varian dan juga merupakan telefon berkelas pertengahan. Malah, fungsi nyahkunci dengan imbasan wajah (face unlock) turut hilang sejak ia diperkenalkan buat kali pertama pada Pixel 4. Mungkin strategi Google pada Pixel 5 hanyalah…
Nikmati Kandungan Hiburan Dengan Maxis TV Serba Baru
Tidak dapat dinafikan bahawa kandungan hiburan digital semakin diminati ramai yang mana pengguna lebih suka untuk strim drama berbanding menunggu sesuatu episod disiarkan di kaca televisyen. Kini, peminat drama-drama Asia boleh menikmati kandungan hiburan tersebut dengan Maxis TV yang serba baru. Dalam Maxis TV ini, pengguna boleh menyaksikan beberapa drama dari penyedia kandungan seperti iQiyi,…