Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad NFC TNG pada harga berlipat kali ganda menerusi platform pasaran dalam talian. Kad NFC dijual pada harga RM10 melalui stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi TnG eWallet dan Lazada. Bagaimanapun, kad tersebut sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sejak…
Pengarang: Amalina Athman
Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
Sehingga kini, model iPhone 14 Pro Max dilaporkan telah menyumbang kira-kira 60% daripada peningkatan tempahan bagi model ‘Pro’. {suggest} Dengan trend sebegini yang memperlihatkan pengguna lebih memilih untuk membeli model paling mahal, Ming-Chi Kuo menyatakan ia mungkin mendorong Apple untuk menghasilkan lebih banyak perbezaan dari segi penawaran antara model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro…
TSMC Rancang Mahu Naikkan Harga Cip, Apple Dilapor Tidak Bersetuju
Apple kini dilaporkan enggan bersetuju kenaikan harga cip daripada pembekal tunggalnya iaitu TSMC. Menurut laporan Economic Daily News, Apple didakwa telah menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip tahun depan. {suggest} Pada asalnya, dikhabarkan bahawa harga cip TSMC akan dinaikkan tahun depan dengan anggaran kira-kira 6% hingga 9% mengikut proses, tetapi kemudiannya dikhabarkan bahawa terdapat…
Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP
Terdahulu, Xiaomi mengumumkan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Oktober nanti. Kini, Xiaomi menyatakan antara peranti yang akan diperkenalkan secara rasmi pada acara itu nanti adalah siri Xiaomi 12T. Tidak hanya itu, melalui poster yang dimuat naik, Xiaomi sekali gus mengesahkan khabar angin sebelum ini, yang mana siri Xiaomi 12T akan dilengkapi sensor kamera…
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Dalam Kapal Terbang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang, berkuat kuasa serta merta pada hari ini iaitu 28 September 2022. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KKM memaklumkan keputusan itu diambil berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta setelah mengambil kira keperluan terkini. Pihak KKM menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan…
Sebilangan Pengguna Mengadu iPhone 14 Pro ‘Restart’ Ketika Dicas
Sebilangan pengguna kini mengatakan iPhone 14 Pro mengalami masalah yang menjadikan peranti itu restart ketika mengecas menggunakan MagSafe atau Lightning, berdasarkan laporan 9to5Mac. Melalui Reddit, seorang pengguna telah memuat naik hantaran mengenai isu yang berlaku pada iPhone 14 Pro miliknya. Dikatakan masalah tersebut hanya berlaku ketika iPhone 14 Pro dicas, dan sebaliknya apabila pengecas dimatikan. Sementara…