Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan telah berdepan dengan lebih daripada 3,600 ancaman keselamatan siber.

Jumlah ancaman itu adalah hanya dalam tempoh empat bulan pertama sahaja tahun ini.

Ia dimaklumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang kepada media menerusi seminar yang dibuat secara atas talian bertajuk “It Is Safe To Outsource Cyber Security Outside Your Borders?”.

Ekoran itu beliau menyatakan, pihak kerajaan dan ATM telah mempertingkatkan kapasiti keselamatan siber dalam meramal, mengesan, mencegah dan bertindak terhadap ancaman tersebut.

Sejumlah RM1.8 bilion juga telah diperuntukkan oleh Kerajaan menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi menangani ancaman tersebut.

Pihak ATM juga telah menubuhkan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) sebagai langkah memastikan keupayaan ATM menghadapi ancaman siber.

Sumber: Bernama