Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Atlet Korea Utara Dihalang Dari Terima Telefon Samsung S7

Posted on Ogos 14, 2016Oktober 24, 2016

15 Ogos – Atlet dari Korea Utara dihalang dari menerima telefon Samsung Galaxy S7 yang sepatutnya menjadi buah tangan setiap atlet yang berentap di temasya sukan itu.

Peranti-peranti itu ditaja khas oleh syarikat gergasi telekomunikasi, Samsung.

Kesemua 12,500 atlet menerima telefon itu namun malang bagi 31 atlet dari Korea Utara apabila telefon mereka dirampas oleh pegawai sukan negara itu yang menemani mereka di  Brazil.

Difahamkan, peranti itu dirampas kerana dikhuatiri menjadi alat mengintip Korea Selatan yang merupakan pengasas kepada syarikat telekomunikasi itu.

Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Korea Selatan masih tegang biarpun gencatan senjata sudah dibuat pada 1953.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress