Seperti semua tahu, Tokyo Jepun kini sedang bersiap sedia untuk sebagai tuan rumah Sukan Olimpik XXXII.

Sukan berprestij itu bakal membuka tirai secara rasminya pada 23 Julai ini.

Atlet-atlet sukan dari pelbagai negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik kali ini adalah berjumlah seramai 11,500 atlet yang menyertai pelbagai kategori sukan.

Apa yang menarik adalah setiap atlet-atlet tersebut bakal menerima telefon pintar Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik daripada pihak penganjur.

Maklumat itu diperolehi daripada perkongsian akaun Facebook Team Malaysia yang berkongsikan tangkap layar dari akaun Instagram salah seorang wakil pemain badminton Malaysia yang akan berentap dalam sukan itu iaitu Aaron Chia.

 

Sebelum ini pada Sukan Olimpik Rio 2016 dahulu, atlet-atlet yang hadir bertanding telah menerima model telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S21 5G telah dilancarkan pada awal tahun ini iaitu dalam bulan Januari lalu.

Terdapat varian yang berbeza ditawarkan pada peranti tersebut mengikut rantau negara. Sebagai contoh, Samsung Galaxy S21 5G bagi pasaran Malaysia ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 2100.

Tetapi bagi pasaran Amerika dan China ia dikuasakan oleh cip  Snapdragon 888 5G dari Qualcomm.

Sumber: Instagram Aaron Chia, FB Team Malaysia