Menjelang perasmian Zenfone 6, pihak ASUS sudah mula mencuit perhatian peminat dan pemerhati dengan satu gambar yang secara langsung memberitahu Zenfone 6 akan dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855.
Tahun lepas ASUS hanya memperkenalkan dua model dalam siri zenfone mereka iaitu Zenfone 5 dan Zenfone 5z, dimana model ‘z’ adalah peranti flagship.
ASUS turut dilihat masih mengekalkan lubang audio 3.5mm dan lampu notifikasi LED, ciri yang kita lihat semakin hilang ditelan zaman tanpa kerelaan peminat.
Seperti dalam gambar, peranti ini bakal tersedia dengan 3 slot untuk kad sim dan SD. Di bahagian kanan memperlihatkan butang tambahan ‘Smart Key’.
Meet the incredible #ZenFone 6 soon! #DefyOrdinary pic.twitter.com/BrmqCAvX4g
— ASUS (@ASUS) February 25, 2019
Sebelum ini, kita juga sudah tahu Zenfone 6 juga akan hadir dengan paparan penuh dengan menggunakan kamera ‘pop-up’, namun sehingga kini masih tidak diketahui secara terperinci mekanisma yang akan digunakan.
Baca Lagi: Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
Sumber: ASUS