Siri ZenBook dari Asus Malaysia dikenali sebagai komputer riba yang mempunyai rekaan nipis dan ringan bagi memudahkan pengguna yang sentiasa mengembara.
Asus Malaysia baru-baru ini mengumumkan ZenBook 13 (UX331UN) yang menggunakan cip pemprosesan Intel i7 generasi ke-8 yang terbaru. Ia dilengkapi dengan ruang RAM sebesar 8GB dan 512GB PCIe SSD.
ZenBook 13 hanya mempunyai berat hanya lebih dari 1 kg dan senipis 13.9 mm. Komputer riba ini menampilkan panel paparan bezel nipis NanoEdge 13.3″ dengan gamut RGB. Untuk sistem audio pula, speaker Harman Kardon membekalkan sistem audio terbaik untuk pengalaman menonton anda.
Saiz yang kecil bukan bermakna komputer riba ini tidak kuat dari segi binaan kerana ZenBook 13 dibina menggunakan piawaian tentera MIL-STD-810G untuk ketahanan dan kebolehpercayaan produk.
Untuk proses produktiviti, ZenBook 13 mempunyai saiz papan kekunci penuh, pengimbas cap jari, USB-C, USB Type A, HDMI, slot microSD dan sambungan 802.11 ac Wi-Fi Master.
Nama Model | Spesifikasi | Harga Runcit (GST) |
UX331U-NEG109T | i7-8550/8G/512G PCIE/MX150 2G/WIN10/FHD/WV | RM 5, 499 |
UX331U-NEG103T | i5-8250/8G/256G/MX150 2G/WIN10/FHD/WV | RM 3, 999 |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Asus Malaysia.