Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

ASUS Umum ROG Raikiri Pro, ‘Controller’ Xbox Dengan Skrin OLED Terbina

Posted on Januari 6, 2023Januari 6, 2023

Minat ASUS kepada rekaan skrin kecil pada satu-satu peranti telah berevolusi kepada alat kawalan gaming. Di CES 2023, ASUS telah memperkenalkan ROG Raikiri Pro, sebuah alat kawalan dengan binaan skrin OLED padanya.

Skrin bersaiz 1.3 inci itu boleh menunjukkan maklumat yang berguna seperti status pengecasan, mikrofon, profil aktif atau pun untuk paparan animasi dan kosmetik sahaja.

Selain itu, alat kawalan ini juga menyokong sambungan melalui tiga mod – bluetooth, frekuensi radio dan USB-C. ROG Raikiri Pro menawarkan kawalan yang sungguh menyeluruh.

{suggest}

Terdapat 4 butang di bawah, 4 butang di hadapan dan susunan butang standard di permukaannya. Setakat ini, ASUS hanya mengumumkan Raikiri Pro sahaja dan kita masih tidak tahu lagi berkenaan harga jualannya.

Sumber: Engadget

Gambar utama: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress