Telefon baharu daripada ASUS iaitu ROG Phone 6 disahkan akan diperkenalkan pada 5 Julai ini.
Lebih menarik lagi, ia akan dijana Snapdragon 8+ Gen 1 dan mungkin hadir dengan 3 model seperti sebelumnya.
Tahun lalu, tiga model utama dilancarkan ialah ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate yang menggunakan Snapdragon 888.
Bukan itu sahaja, aksesori permainan lain termasuk headphone turut akan dirasmikan bersama dalam acara tersebut.
Khabar angin mengatakan siri ROG Phone 6 ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Ogos, sebulan selepas pelancaran globalnya.
Baca juga: