ASUS kini telah mengumumkan ROG Phone 5s dan 5s Pro yang mana tidak banyak perbezaan berbanding siri ROG Phone 5. Perkara utama yang menerima perubahan adalah kali ini ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888+.

Selain itu, kedua-duanya juga mempunyai input sentuh (touch sample rate) lebih pantas, iaitu 360Hz berbanding 300Hz pada ROG Phone 5. Tambahan lagi, varian Pro hadir dengan pilihan memori hingga 18GB LPDDR5 RAM dan 512GB storan UFS 3.1.

Varian Pro juga mempunyai paparan belakang dari panel PMOLED berbanding model ROG Phone 5 Ultimate yang hanya paparan monokrom.

Lain daripada itu, siri ROG Phone 5s masih sama dengan siri ROG Phone 5. Buat masa sekarang, ia dijual di Taiwan pada harga bermula NT$29900 (~RM4546) untuk ROG Phone 5s. Sementara 5s Pro pula bermula NT$37900 (~RM5760).

Sumber: gizmochina

Baca juga: