Bakal dikuasakan oleh cip Snapdragon 865.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa model telefon pintar Asus ROG Phone III mungkin akan diumumkan pada bulan Julai nanti.
Kini terdapat pula ura-ura bahawa telefon pintar berprestasi tinggi itu akan datang dengan pilihan spesifikasi RAM 8GB dan 128GB.
Ura-ura ini timbul selepas munculnya rujukan skor prestasi yang dipercayai merujuk kepada peranti tersebut di laman Geekbench baru-baru ini.
Merujuk kepada rajah di atas, model yang dipaparkan adalah ASUS_I0003D iaitu model bagi ROG Phone 3. Manakala ‘Kona’ di bahagian System Information > Motherboard pula merujuk kepada cip pemprosesan Snapdragon 865.
Sementara 12GB RAM pula dipaparkan di bahagian Memory Information (11.36GB).
Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang pelancaran ROG Phone 3 dan pendedahan spesifikasi lain tentang telefon pintar berprestasi tinggi ini dari pihak ASUS.
Sumber: My Smart Price