Dalam acara ASUS Create The Uncreated, ASUS telah perkenalkan barisan produk terbaru ProArt mereka.

ProArt Station PD5

Untuk anda yang mahukan sebuah komputer meja berkuasa, ASUS menawarkan ProArt Station PD5.

Komputer meja ini boleh dikonfigurasikan kepada cip pemprosesan berkuasa Intel Core i9 Generasi ke-11, mampu menyokong storan HDD sehingga 6TB, dikuasakan oleh kad grafik iaitu NVIDIA RTX 3070 atau NVIDIA RTX A2000 serta RAM sehingga 128GB.

ProArt X570-Creator WiFi

Bagi memenuhi keperluan pengguna profesional yang mahukan sebuah papan litar utama komputer berkuasa, ASUS menawarkan ProArt X570-Creator WiFi.

Papan litar utama ProArt X570-Creator WiFi ini menyokong cip pemprosesan AMD Ryzen berprestasi tinggi serta direka dengan ciri penyejukkan efisyen.

ProArt Display OLED PA32DC

Untuk dipadankan dengan komputer berkuasa, ASUS hadir dengan paparan berprestasi tinggi ProArt Display OLED PA32DC yang merupakan monitor OLED pertama di dunia dengan ciri kaliborasi automatik.

ProArt Display OLED PA32DC bersaiz 31.5 inci dengan panel resolusi 4K UHD.

Paparan dengan kolaborasi warna tepat seperti ini pastinya menjadi pilihan pengguna profesional dalam industri kreatif.