ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini telah melancarkan edisi istimewa bagi komputer riba ROG Zephyrus G14 dengan melancarkan Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition (GA401QEC).

Komputer riba yang mendapat sentuhan istimewa pemuzik popular antarabangsa ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen™ R9-5900HS dan kuasa grafik dari NVIDIA® GeForce  RTX™ 3050Ti.

Ia juga dimuatkan dengan RAM 16GB DDR4 3200 MHz, storan pantas 1TB serta skrin QHD bersaiz 14 inci dengan kadar segar 120Hz.

Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition.

Komputer riba edisi khas ini dijadualkan akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan September 2021 ini nanti.

Setiap pembelian Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition ini turut didatangkan sekali dengan aksesori edisi khas seperti topi, stokin dan sarung komputer riba.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition ini, layari laman rasmi ASUS.com.