Selain melancarkan barisan produk ProArt komputer Meja, ASUS juga melancarkan 2 model terbaru komputer riba berkuasa iaitu Studiobook 16 dan Studiobook Pro 16.

Istimewanya kedua-dua model komputer riba ini adalah ia merupakan komputer riba pertama di dunia yang dilengkapi dengan paparan OLED 16 inci (16:10) 4K HDR.

Studiobook 16 dan Studiobook Pro 16 juga menyokong cip AMD Ryzen 9 5900HX.

Tetapi untuk model dengan cip Intel, Studiobook 16 menyokong sehingga cip Intel Core i9 11900H serta kuasa grafik dari NVIDIA GeForce RTX 3060.

Manakala bagi model Studiobook Pro 16 dengan cip Intel, ia menyokong sehingga cip Intel Xeon W-11955M serta kuasa grafik dari NVIDIA RTX A5000.

 

Selain itu, Studiobook 16 dan Studiobook Pro 16 juga juga kii dilengkapi dengan butang kawalan terbina serta sokongan stylus pada trackpad yang memudahkan artis digital melakukan kerja-kerja bersama aplikasi dari Adobe seperti Photoshop.