Asus Malaysia telah melancarkan barisan model terbaru komputer riba mereka yang dibuat secara atas talian dengan membariskan 4 model terbaru iaitu ExpertBook B1, ExpertBook B5 dan B5 Flip serta ExpertBook B9.

ASUS ExpertBook B1

Untuk model ExpertBook B1, Asus menawarkannya dalam 2 versi saiz paparan berbeza iaitu bersaiz 14 inci (B1400) dan 15.6 inci (B1500).

ASUS ExpertBook B1

Bagi versi ASUS ExpertBook B1400, ia ditawarkan dalam 3 pilihan spesifikasi berbeza yang berharga dari RM3,599.00 dengan dikuasakan oleh cip pemprosesan i5 dan dilengkapi dengan RAM berkapasiti 8GB serta storan 256GB.

Manakala bagi versi  ASUS ExpertBook B1500, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan i7 dan dilengkapi dengan RAM berkapasiti 8GB serta storan 512GB pada harga RM3,759.00.

ASUS ExpertBook B5

Bagi model ExpertBook B5 (B5302C), ia ditawarkan dalam 2 pilihan spesifikasi berbeza iaitu yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel i5 dan i7, RAM berkapasiti 8GB dengan storan 256GB dan 512GB.

ASUS ExpertBook B5

Kedua-dua versi ExpertBook B5 ini masing-masing berharga RM4,299.00 dan RM5,199.00.

ASUS ExpertBook B5 Flip

Bagi model ExpertBook B5 ini, Asus turut menawarkannya menerusi model ASUS ExpertBook B5 Flip. Ia dijana oleh cip Intel i7 serta RAM 8GB dan storan 512GB.

ASUS ExpertBook B5 Flip

ASUS ExpertBook B5 Flip ditawarkan pada harga RM5,599.00.

ASUS ExpertBook B9

Manakala bagi model ASUS ExpertBook B9 pula, ia hanya ditawarkan dalam satu versi sahaja yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel i7, RAM berkapasiti 16GB, storan bersaiz 1TB  serta skrin bersaiz 14 inci.

Ia dijual pada harga RM7,989.00.

 ASUS ExpertBook B9

Boleh dinaik taraf ke Windows 11

Memandangkan sistem operasi Windows 11 belum ditawarkan lagi secara rasmi kepada pengguna, kesemua model terbaru ASUS ExpertBook ini masih menggunakan sistem operasi Windows 10.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana kesemua model tersebut menyokong dan boleh dinaik taraf kepada Windows 11 apabila ia ditawarkan nanti.

Ini kerana kesemua model terbaru ASUS ExpertBook ini menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-11, grafik yang dikuasakan oleh cip Intel dan tersedia dengan TPM 2.0.

Jadi kesemua model tersebut tersedia menyokong Windows 11.

Untuk melihat lebih lanjut spesifikasi bagi kesemua barisan model ASUS ExpertBook ini, sila layari laman rasmi Asus Malaysia.